don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Sunday, February 12, 2017

Penipuan seorang lelaki

Aku sedar yg wanita inginkan kepastian,
tapi aku tersilap buat kau seperti tali yang tergantung dijantung harapmu, 
Terlalu sakit untukmu kerana kataku hanya sebatang harap yang penuh duri,
Manis diawal..pahit diakhir..

Maafkan aku yang sering melupakan janjiku, 
Dan pernah aku cuba lupakan janji-janji itu,
Dan kini aku hadir lagi kerana ego ku tak pernah berdiri waktu bersamamu,
Berusaha aku memelihara dalam hatimu saat kerisauan mu,kedegilanmu,keras hatimu dan terus terangmu,
Tidak ada jawapanku untuk setiap persoalanmu,
Kerana jawapanya sudah ada disetiap kelakuaanku,
Tafsirlah untuk kau terusan bertanya ku,
Kenapa..kenapa..kenapa
Kerana aku
 tidak pernah muak mendengar soalmu biarpun tiada satu tanda yang lahir dari kerah bibirku,
Maaf..
Jika satu saat kau merasa kesepiaan,
Jangan pernah khawatir,
Tersenyumlah kerana aku ada menaungimu dari kejauhanku..
Sekali lagi...
maaf..
aku hanya insan yang mendambakan kepercayaanmu
Satu pintaku,
Jagalah sihat dirimu,keluargamu,
Yang sgt berharga bagiku,
Bagi hidupku,
Yang bernafas dalam sesal hidupku,

Pernah satu ketika aku menetapkan kewajibanku untuk menjagamu, membahagiakanmu,
Tapi aku telah menolak untuk jadikan hakku,
Demikian kamu kini bukan hakku..

Jika satu hari nnt tersisih diekor anak matamu itu aku,
Lemparkan lah aku sedikit senyuman kerana keindahannya itu tidak pernah membosankan aku..

Maaf..


Jebat

Thursday, July 14, 2016

Permysuri Impian


pagi-pagi yang indah dulu-dulu
kini tiada
tiada kata untuk aku bahaskan untuk setia
bukan permysuriku menurut titahku
bukan bungaku siramkan hari-hariku
dinginkan dikala peluhmu 
aku tiada
tenangkan diwaktu ketakutanmu
tetap bukan aku

sudah ada putera melamarmu
mengangkatmu menjadi lebih indah
hiasi mu menjadi lebih muslimah
menyuapmu rezeki yang lebih mewah
membimbing mu hingga ke jannah
alhamdulilah

tenang
bertenang bukan hati 
tapi iman yang sudah goyah 
fikirkan memiliki
permysuri impian
bukan sekadar kenangan 
tapi kekosongan sedikit terisi
saat lirik aku tulis
saat melodi aku sulamkan
saat warkah aku coretkan
 dalam susah menitik
payahnya bernoktah
pasti satu hari nanti
aku tamatkan kisah
saat cinta lagi tidak lagi bererti

selamat ulang tahun impian
selamat ulang tahun 
ingin ku ulang kenangan lalu
ulangkan kembali tahun itu
mohon ditunggu
tunggu sebentar pulangnya bersama harapan
bersamaku masih ada berbaki
sisa yang tak mampu aku lepaskan

permysuri impian
pergilah kau bersama kenangan 
untukmu
tiada lagi mampu tercurah
hanya potret tersemat indah
pejamkan mata mu 
aku ada dibayangan
hadirkan di mimpi-mimpi

''selamat ulang tahun permysuri impian'

Jebat


Wednesday, May 18, 2016

Sempurna


Sempurna

Tiada definisi jelaskan kesempurnaan
dapat dirasa bila panca menjadi rasa
rasa dengan jiwa
nikmati dari hati

berikan sedikit
biar yang lain terasa kehadirannya
rasa yang mereka ada jiwa
rasa yang meraka ada hati
biar telus dari dalam
nampak yang zahir
kadang melakukan batil
haq yang tidak pernah terbit
lancarkan rancangan 
mengudang resah pada perawan takut akan kehilangan

aku cuma insan
cuma picisan diawang-awang
melayang mengikut rentak
si pencinta musik sumbang
sorak kekanan berpaling
nyanyi dikiri
mati

yang sempurna itu peluang
yang datangnya kadang tidak pernah diundang
tiba-tiba hadir dalam bayang
tapi yang terbiar tanpa ambang
sahut dari dalam tiada kendengaran
lafas sejuta nafas sekalipun
yang pergi tak munkin datang
biar pun sekadar merawat luka siang
ubati dalam mimpi terbayang

yang melengkapimu itu kesempurnaan
yang menemanimu itu kesempurnaan
yang mengertimu itu kesempurnaan
yang mengiringimu itu kesempurnaan
dan yang mencintai kesempurnaaNYA 
itu yang paling sempurna

"kerana kesempurnaan yang sempurna itu hanya ada pada penciptaNYA'


Jebat



Sunday, May 1, 2016

Jika Sempat


Jika Sempat

Jika sempat untuku merungkai
pasti tiada hati terbengkalai
Jika sempat untukku meluah
yakinkan semuanya akan indah

ku lahirkan dari kasih ini
Senyumanmu 
tiada yang terlewat 
semuanya masih sempat waktu itu
untuku berikan seluruhnya

Mungkin tidak semudah disangka
dilumut rasa itu merongkah jauh
rasa jiwa kita
cukup sudah kau tersiksa
sekarang baru terasa
Jika sempat 
pasti ada takdir 
datang mengerat
tapi aku lambat 
mulanya sahaja sudah dihadapan
rasa yang kau rasa itu masih tersimpan dalam
perginya dipimpin putera idaman 
pandang dari belakang 
jiwa berkarang

Jika sempat itu
pasti ku tunaikan
rasa yang tak pernah renggang 
kolabrasi dari hati 
tiada sapa memandang 
tiada lagi yang perlu berlari
tiada lagi yang akan sembunyi

Ini yang mampu
jika itu
tidak lagi relevan dibahaskan
tidak ku menidak takdir tuhan
ini ketentuan
kadang diluar perancangan
titipan kasih dalam sejadah rindu
hadiah dariku untukmu
bahagia bersama tercinta

"dan jika berkesempatan bersua satu ketika"


Thursday, April 21, 2016

Cerita Kita

CERITA KITA


Aku ada cerita
Cerita yang aku tak pernah jangka
Cerita yang aku hanya mampu lihatnya bahagia
Cerita yang pernah mengukir senyum gembira
Cerita yang takan pernah aku lupa

Permulaan sudah bertemu noktah
ternyata Jebat tidak sehebat Tuah
lalu aku sambung mencari arah
jemu yang tak pernah
sentiasa mengiringi
dipayungi lembaran warna pelangi
baluti warkah hadiah pemisah
rakaman potret indah diwajah
teruskan tersenyummu itu
kerana ia terlalu indah

ini kenangan
itu kenangan
senja merah itu detiknya
aliran air membasah wajah
mengiringi pergi malam terpisah
dan rasanya itu juga aku merasa
dan sakitnya juga terasa

Seakan tiada penghujung 
nyatakan rasa dalam jiwa
saat jauhnya dihujung dunia
lambaian dari langit aku renung
sahut jauh dibumi
satu hasrat besar itu aku biar
biar sepi tanpa khabar
terbiar tali tanpa simpulan pengikat
maafkan bukan aku berniat

Masih terserlah ayumu itu
indera memerhati
masih terasa pantai meluncur dikaki
masih segar potretmu dalam hati
masih
seakan semalam terjadi
aku cuba kikis hari demi hari
semakin dalam yang masih berbaki
akan aku simpan sehingga ada menghuni
pasti satu hari nanti
mungkin ada yang datang mengisi

kau ku lihat semakin erat
semoga kekal hingga akhirat
doaku titip setiap solat
Cerita kita sudah lama tamat
tapi hari ini adalah keramat
tiada lagi hari bersurat
hanya warkah disimpan rapat
dibuka bila rindu datang teringat

biar yang berhak menikmati indah ayumu
sudah ku padam dalam
tiada lagi mimpi semalam....

aku lepaskan
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA







JEBAT


















Tuesday, October 21, 2014

hashtag #

malam seakan mengajak berbual
langit kosong tiada tompokan lagi bintang-bintang
awan hitam membadai iklim dipatuh
merungkai detik hitam silam yang dahulunya 
menyelubungi cakerawala hati 
orbit akal yang dahulunya dikendali diktator 
seakan jahiliah dibawah tempurung besi bekarat dalamnya
pengaruh mediatronik pesakit semakin kronik  
tiup sikit terbakar jiwa
sebar kata 
yang khilaf disanjung melangut dongak 
yang indah tunduk sembunyi dikaki
jangan dicabar remaja jiwanya
kelemasan dalam takung pekungnya
beribu datang menyoal
berjuta datang lagi datang menyangkal
 tutur lidah tidak diguna menegah
tangan berisi disogok lagi pari telanjang
terus haram menjadi halal
cium sahaja najis itu
jamah hasil sendiri 
bodoh bukan sahaja menyangkal
dungu lagi peranti merakam 
bangga disebar disosial
beralah bukan kerana kalah
tapi fahaman selalu bercangah
patut diikut diremeh boleh dibahas dibantah
kepala sudah lama berkarang 
mintak membahas bahasa lalang
hulur sipi tepi sambut kekanan
sogok dalam kamar baring dikiri
jolok kepala harimau
rujuk angka dalam simpan
cukup 5 kosong 
buka saja pintu syurga
tambah lagi 3
palang siap pintu neraka
pikiran manusia yang dianggap bertamadun 
anak kecil tempias hasil
jumpa dalam sampah selimut dalam bakul
bukak rumah hasil zina bukit lancung
cukup 5 tahun
anak zina satu kampung.

sekian luahan belia tanpa suara
keyboard warrior kata meraka

hashtag cium babi 
hashtag comelnya anjing
hashtag tengahtempahtiketnerakani
#comeinyaanjing 
#bestnyapegang

tiada siapa gelar mereka
SI BELIT HUKUM AGAMA


Monday, September 22, 2014

Hilang

angin meniup hembus
menampar sepi pemilik ayu
pagi yang seakan berkabus
terus hilang dibaluti sepi perindu
dingin
dingin tapi ingin diulang
sesal tersadai dipadang lalang
berlalu yang dulu mengarah tuk' pulang
datang kembali lagi tapi bukan merayu sayang
bersama walimah datang mengundang
ketuk pada nama terukir
sentuh pada hati terzahir
ikatan tanpa tanda terbiar usang
dan hilang
hilangnya bukan pada indera
tapi pada jiwa yang cedera
hilang pujangga bukan mencari cinta
tapi waktu tak kunjung tiba
hilang puteri bukan menanti tengku mahkota
tapi janji tetap kekal setia
hilang idea bukan lagi pengarang cerita
tapi penulis warkah derita
hilang lagu bukan kerana lirik bermantera
tapi kosong jiwa yang lara
hilang lagi diulang beribu kali
tapi yang hilang ini
biar ditatapi
biarkan
teruskan terbiar salah
biarkan rasa mengalah
angan yang musnah
bukan kerana tak rebah
tapi
tidak selamanya luka itu berdarah
bernanah
biar hilang itu pergi
datangnya mengundang mimpi semalam
angan bersama dihenjut tangan wali mengenggam 
lafaz satu nafas 
seakan terjadi semalam
tanggung dibebanan akhlakmu 
aku khatam
merungkai tirai kamar 
terdengar satu suara beri salam
sahut waktu lamar
sabar dulu diam-diam
bimbang pada kamar
ada mata dalam kelam
hitam
lalu diterjaga lena mencelik
dikejut sang belang meradang
sumbang nyanyi musik tanpa tapis dalam lirik
cenderung mengundang hati berkarang 
dan hilang
hidup hirup lagi memang tadi mimpi siang
didepan si lalang sudah tersenyum 
ditertawa dalam umum
dan hilang
lalu tiba -tiba sepi
dua kelopak kembali bercantum

"sudah sampai masa kenyataan dicerita kisah duka lara kecewa gembira tertawa hiba" 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...