don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Friday, August 22, 2014

genap setahun si anak perantau

Assalamualikum....

Menulis saat jiwa ini keresahan
Menulis waktu itu kesepian
Menulis kala terasa ada kelapangan
Lapangnya saat semua masih dibaringan
Semua masih diawangan 
Masih bermalam menagih mimpi semalam

Sudah mengenal lelah pencarian
Rezeki bukan berkasihan
Lelah yang teringatkan
Masa lalu waktu kenakalan
Lalu tanpa memikirkan yang depan
Buat apa yang mampu lakukan

Memang yang dulu bukan sekarang
Setegar mana mengemis
kini sudah puncak gemilang
bukan semua bernasib malang
bukan semua akan dijulang
didunia biar berkarang
jangan disana menjadi arang.

ramai manusia lain hatinnya
kening dah hitam sama
beza banyak dalam geraknya
berbaik pada mereka
pasti ada pembenci setia
tak tinggal pencinta sempurna

Tiada maksud berlagak suci
sama kita hamba illahi
mencari erti agar mengerti
hidayah diutus untuk pencari
ada yang datang dengan sendiri
takdir illahi Maha Pengasihani



Thursday, August 21, 2014

baik=baik

ku harap masih berbunga,
sayang dalam jabangan purnama
bukan kata ingin dicapai,
nk disentuh tgn xsampai,
bukan tidak melihat,
cuba dipandang tapi x sempat,
ku  sedar ku bukan malaikat,

ingin kan yang sempurna,
pandang diri hamba terhina,
ku cuba pasang impian,
miliki mahkota ramai idaman,
sayang yang ramai ku terakhir
bermukim sepi berkampung hilir,
ku sedar ku bukan pendekar
yang dapat menyunting seri yang mekar

pernah aku tersilap melangkah,
bahagia sekejap tersungkur ke tanah,
belum pun bangun dari rebah,
terlepas sudah sokong dah patah ,
mengapa di tagih sudah terkenang,
biar kelap dalam hilang
jangan dicurah cahaya siang
berani aku kelam bulan mengambang
ku sedar ku bukan pahlawan bertempur perang
sia darah seorang pejuang.

jangan disingkap kelambu hatinya
jika hati tak mahu kecewa
bunga hiasan bekas kaca
tak mudah ditunduk pemilik jiwanya
tak lekang mulut pemanis hatinya.





Wednesday, August 20, 2014

kepastian dicari...

mencari kepastian yang masih menjadi rahsia
rahsia Ilahi sudah tertulis sejak azali
doa dalam sujud terakhir ditangisi
mengharap takdir yang kosong diisi
biar berseri
biar mekar dihari
berbunga dihati,
mungkin satu saat nanti pasti..

kepastian diungkap sepi
ditafsir dari mimpi
diatur gerak hati
masih tersedar diri
tapi hati masih mati
yang suci pasti bersama misteri
yang gelap akan terus kelam menyepi
selagi tidak berubah hati
bukan kata manis janji
sudah termaktub di kitab suci.

diselubungi warna biru
sejuk indera memandang sayu
dicapai tangan pasti tak temu
dikejar pasti pergi lebih laju
tertoleh seketika embun sudah pun membeku.

umpama syurga dalam opera dunia
umpama intan dalam bekas permata
umpama emas dalam gengam manusia
umpama ilmu dalam gedung hatinya
umpama cinta dengan tawaran syurga
umpama hati masih teguh imannya.

jika disuruh pergi
jgn diharap kembali
andai diminta nanti
tiap saat menghitung hari




Tuesday, August 19, 2014

Erti sebuah Kehidupan

"Rindu
sering diungkap tanpa tahu
disebar tanpa malu
dihukum tanpa ragu
lumrah lurah lautnya biru
mampu bertutur berpura bisu"



erti sebuah kehidupan
depan mata tanpa peduli bicara
diabai tutur kata
tak mampu diangkat cinta
tak daya merungkai rasa
dan bila berakhir semua
yang ada penyesalan berganda
yang ada hanyalah cerita lagenda

bukan aku terlalu terlambat
namun ada yang terlalu cepat 
langkah belum pun sempat
seakan tak memahami yang tersirat
biarkan saja sudah terlewat
tak mampu dihalang takdir terikat
doamu bahagia keakhir hayat

dan sekali lagi
rasa itu dirasa kembali
masih dirunung sepi
sibuk dinihari
lupa seketika yang pergi
penawar dari Illahi
aku sudah lama mengerti

jangan diungkap maaf beribu
tiada silap darimu
tiada yang terguris dikalbu
yang ada hanyalah rindu
namun kau bukan untukku
rindu itu akan berlalu
mungkin ada nanti bertemu
ada tercipta untukku
kau sudah temui untukmu


"ini takdirku ,itu jodohmu, sebatikan agar tak mudah dileraikan"




Monday, August 18, 2014

Jemputan ke Tanah suci

Assalamualaikum..
Alhamdulilah, aku dijemput ILLAHI mengerjakan ibadah umrah..
seorang hamba yang hina ini dijemput jugak ke tanah suci..
sebak terhidu kiswah, mengalir melihat kaabah
macam2 yang aku lalui saat menjejaki di tanah haram,
melihat sendiri makam Rasullullah s.a.w, makam sahabat diperkuburan baqie,
Indahnya terngiang sehingga ke hari ini..


terima kasih kepada makciku.. Pn Laila Hanim sekeluarga kerana menaja ku kesana..kepada kedua org tuaku En Md Razeif dan Pn Hamidah yang menyumbang belanja..hanya Allah sahaja yang membalas.


terngiang azan disubuh sunyi,
saat dulu masih diselimuti mimpi,
disana diawal pagi sudah meniti,
berkumandang suara itu sudah ramai kelilingi,
yang lambat di kaki-kaki,
saat terbit mentari
digugurkan rezeki pencari 
satu kota yang tak pernah mati.





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...