Baru minggu kedua belajaq ni assigment dh macam satu sem...
bnyak trip keluaq...bnyak kerja kena buat..banyak nk pakai duit ni...
tp xpa prinsip aku dh kena sangat la ni..."time blajaq biaq rasa susah sikit,bila lagi nk rasa"
ok la kan..
trip melawat kilang dekat melaka
trip comunity service kat penjara(nasib bek dekat.)
seminar pa benda tah..
ok tu ja
don't worry to be happy
don't worry to be happy
Wednesday, September 28, 2011
Friday, September 23, 2011
takkan melayu hilang di dunia
aku melayu,
bangsa itu aku bangga dari dulu,
takkan hilang dalam dunia
itu pesan pendekar melayu,
melayu dibangga ditanah melayu
bertahan bahtera melaka
itu zaman melayu maju
takkan melayu hilang didunia
kata melayu seorang panglima
berita jam 8 melayu dihina
pemimpin besar sekadar terlena
perkara 153 melayu berbangga
kini kian dirobek india dan cina
bukan rasis atau menghina
kini melayu
yang dulunya dipucuk
kini diakar dipijak layu
aku pegang kata pendekar aku
yang dulu tapi kemana bangsaku menuju
kalau naik sikit terus bisu membatu
bangun kembali bangsaku
kembali kepuncak macam dulu-dulu
tapi bukan seperti dulu
ganti keris dengan peluru
ganti sampan dengan bot laju
takkan melayu hilang didunia
pesanan sejati seorang wira
biar susah menunggu gembira
jangan susah menanti sengsara
aku bukan optimis bangsa
ini pandangan dilihat Malaya
bukan menghina mana bangsa
sekadar coretan seorang anak bangsa
yang tak ingin lihat melayu derita
kalau naik sikit terus bisu membatu
bangun kembali bangsaku
kembali kepuncak macam dulu-dulu
tapi bukan seperti dulu
ganti keris dengan peluru
ganti sampan dengan bot laju
takkan melayu hilang didunia
pesanan sejati seorang wira
biar susah menunggu gembira
jangan susah menanti sengsara
aku bukan optimis bangsa
ini pandangan dilihat Malaya
bukan menghina mana bangsa
sekadar coretan seorang anak bangsa
yang tak ingin lihat melayu derita
Thursday, September 22, 2011
lihat dengan hati
mata
pancaindera anugerah terindah
sering digunakan untuk menerka
sering diguna melihat yang zahir
tidak telus ada batasan
hati
anugerah tidak ternilai yang dipinjamkan
namun tanpa rapi jaganya
mudah terluka,sering terhiris batinnya
mudah tersedar akan kehadirannya
kenyataan yang tak mudah diterima
menangis hati luaran bahagia
menghirup duka semalam
yang sukar diubati esok hari
jangan melihat hati terluka
kenang saat kecapi bahagia
jangan difikir hati curiga
kelak tindak bawa binasa
pengubat jiwa sudah tersedia
depan mata kadang buta
mata hati sudah lama gelita
cahayanya dari mukjizat
sudah tersurat berkurun lamanya
menangis hati luaran bahagia
menghirup duka semalam
yang sukar diubati esok hari
jangan melihat hati terluka
kenang saat kecapi bahagia
jangan difikir hati curiga
kelak tindak bawa binasa
pengubat jiwa sudah tersedia
depan mata kadang buta
mata hati sudah lama gelita
cahayanya dari mukjizat
sudah tersurat berkurun lamanya
Friday, September 16, 2011
kehidpan seorang pelajar kembali
setelah berehat2 selama 4 bulan kot,akhirnya
aku kembali bergelar student
dungun,Terengganu uitm
inilah tempat aku belajar pengurusan operasi
result sem lepas aku tidak berapa stabil lagi..
jumaat 9/9...(kemarin birthday aku)..aku bertolak dari penang central ke dungun
lebih kurang 9 jam gak ar..
mmg penat badan xberapa sihat plak
sabtu 10/9..smpai ke dungun dalam pukul 9 pg..lama x tgk dungun semua macm besa
perubahan masih belom jelas kelihatan
masih sepi waktu pagi...boleh dengar bunyi ombak
akhirnya aku dapat dok rumah baru sem ni
penat klark cari..hahah..kami dok jauh
mmg puas hati rumah kali ni sewa sama tapi full furnish
dan demam aku semakin trok
ahad 11/9..aku baru tau yang kelas start 14.9..bukan hari ni..kalau aku tau
mmg lepak rumah lagi la
moto aku xdak lagi nasib baik pidut bawak reta...ok ada transpot xpyah risau
selsema pulak menyerang sehingga suara aku bertukar rock
hari-hari yang berlalu
tidak terasa perginya
pantas masa bergerak
terlalu sukar memafaatkanya
ini persepsi baru hidupku
mengejar yang tidak terkejar
apa masalah orang bercakap
sekiranya diam menimbulkan tanya
Monday, September 5, 2011
berfikir sejenak
Bila berlaku apa yang tak ingin berlaku
inilah masa waktunya
sepantas mana pun bergerak
berhenti sejenak berfikir
fikir apa yang perlu difikir
singkir apa yang perlu disingkirkan
cari apa sahaja yang perlu
ini cara aku
ini bahasa aku
pertikaian anjakan paradigma selalu
mengukit rasa kurang enak untuk berfikir
mulut-mulut lelayang yang tidak pernah dapat ditutup
bercakap tanpa suara
ada bunyi tapi sunyi
sejenak aku termenung
berfikir untuk memikir
harus apa lagi yang harus
menanti untuk dinanti
lelehan darah yang tidak pernah penat mengalir
tiba masa terpancar ke bumi
mungkin masa itu bakal menjelang
kebodohan percakapan
jijiknya tanpa haluan
berfikir sebelum bercakap
jangan binasa melepaskannya
bila sejarah diungkit si layang
helang terkorban kembali bersarang
sekiranya masa itu pedang
dari celik dalam kelam
aku ingin terus pejam
pejam menanti malam
malam selamanya
Sunday, September 4, 2011
pilih untuk....
Ini sekadar tulisan
terkadang bila situasi itu berubah,
apabila yang batin di zahirkan
apabila yang diam berbicara
dan yang menutup itu terbuka
banyak yang perlu ditafsirkan
ada juga yang disingkirkan
seraut wajah mampu menyampaikan sejuta harapan
mampu menenangkan beribu perasaan
dengan senyuman menjalin mesra
dengan hati terikat janji
telah datang ujian dugaan
tanpa ada pengenalan
hadirkan dua hati dalam perasaan
menanti insan berikan pilihan
memilih atau tertinggal
itu sebenarnya disiratkan
bukan senang untuk senang
kudrat kesusahan
keringat kepenatan
bukan susah untuk susah
berehat berpanjangan
bergerak dalam bulatan
didatangi bidadari
dipinjamkan satu rasa
rasa sebuah penghargaan yang akan terus
menyanjung khilaf dari yang Agong
anugerah buat bergelar khalifah
bukan senang untuk memilih
tp pilihlah untuk setia....-potret lelangit-
Saturday, September 3, 2011
bukan hipokrit tp wajib kot
asslamualikum..aku suka wanita menutup aurat..
statement :ala mcm pakai tudung tu baik sngt
komen aku:kalau dia buat jahat pon dia dh terlepas dosa xtutup aurat,yg hg tak pakai tudung ni hg xbuat jahat ka.
statement:aku tak pakai tudung sebab xmau orang cakap aku hipokrit
komen aku :aiyoo cakap orang kalut sangat nak dengaq,perintah tuhan ni macam mn,tutup aurat bukan satu keperluan tapi kewajipan.
statement:ala nanti bila aku dah tua aku pelan-pelan la berubah
komen aku;sempat ka tua xpa,kalau xsempat
statement :ala mcm pakai tudung tu baik sngt
komen aku:kalau dia buat jahat pon dia dh terlepas dosa xtutup aurat,yg hg tak pakai tudung ni hg xbuat jahat ka.
statement:aku tak pakai tudung sebab xmau orang cakap aku hipokrit
komen aku :aiyoo cakap orang kalut sangat nak dengaq,perintah tuhan ni macam mn,tutup aurat bukan satu keperluan tapi kewajipan.
statement:ala nanti bila aku dah tua aku pelan-pelan la berubah
komen aku;sempat ka tua xpa,kalau xsempat
aku bukan imam nk berkhutbah
sekadar betulkan diri aku jugak
bukan aku nak kata aku baguih
aku hanya manusia biasa
aku cuma perihatin terhadap statement
yang sudah terang lagi bersuluh
rendahnya nilai aurat itu
Subscribe to:
Posts (Atom)
