malam seakan mengajak berbual
langit kosong tiada tompokan lagi bintang-bintang
awan hitam membadai iklim dipatuh
merungkai detik hitam silam yang dahulunya
menyelubungi cakerawala hati
orbit akal yang dahulunya dikendali diktator
seakan jahiliah dibawah tempurung besi bekarat dalamnya
pengaruh mediatronik pesakit semakin kronik
tiup sikit terbakar jiwa
sebar kata
yang khilaf disanjung melangut dongak
yang indah tunduk sembunyi dikaki
jangan dicabar remaja jiwanya
kelemasan dalam takung pekungnya
beribu datang menyoal
berjuta datang lagi datang menyangkal
tutur lidah tidak diguna menegah
tangan berisi disogok lagi pari telanjang
terus haram menjadi halal
cium sahaja najis itu
jamah hasil sendiri
bodoh bukan sahaja menyangkal
dungu lagi peranti merakam
bangga disebar disosial
beralah bukan kerana kalah
tapi fahaman selalu bercangah
patut diikut diremeh boleh dibahas dibantah
kepala sudah lama berkarang
mintak membahas bahasa lalang
hulur sipi tepi sambut kekanan
sogok dalam kamar baring dikiri
jolok kepala harimau
rujuk angka dalam simpan
cukup 5 kosong
buka saja pintu syurga
tambah lagi 3
palang siap pintu neraka
pikiran manusia yang dianggap bertamadun
anak kecil tempias hasil
jumpa dalam sampah selimut dalam bakul
bukak rumah hasil zina bukit lancung
cukup 5 tahun
anak zina satu kampung.
sekian luahan belia tanpa suara
keyboard warrior kata meraka
hashtag cium babi
hashtag comelnya anjing
hashtag tengahtempahtiketnerakani
#comeinyaanjing
#bestnyapegang
tiada siapa gelar mereka
SI BELIT HUKUM AGAMA
No comments:
Post a Comment