don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Thursday, April 21, 2016

Cerita Kita

CERITA KITA


Aku ada cerita
Cerita yang aku tak pernah jangka
Cerita yang aku hanya mampu lihatnya bahagia
Cerita yang pernah mengukir senyum gembira
Cerita yang takan pernah aku lupa

Permulaan sudah bertemu noktah
ternyata Jebat tidak sehebat Tuah
lalu aku sambung mencari arah
jemu yang tak pernah
sentiasa mengiringi
dipayungi lembaran warna pelangi
baluti warkah hadiah pemisah
rakaman potret indah diwajah
teruskan tersenyummu itu
kerana ia terlalu indah

ini kenangan
itu kenangan
senja merah itu detiknya
aliran air membasah wajah
mengiringi pergi malam terpisah
dan rasanya itu juga aku merasa
dan sakitnya juga terasa

Seakan tiada penghujung 
nyatakan rasa dalam jiwa
saat jauhnya dihujung dunia
lambaian dari langit aku renung
sahut jauh dibumi
satu hasrat besar itu aku biar
biar sepi tanpa khabar
terbiar tali tanpa simpulan pengikat
maafkan bukan aku berniat

Masih terserlah ayumu itu
indera memerhati
masih terasa pantai meluncur dikaki
masih segar potretmu dalam hati
masih
seakan semalam terjadi
aku cuba kikis hari demi hari
semakin dalam yang masih berbaki
akan aku simpan sehingga ada menghuni
pasti satu hari nanti
mungkin ada yang datang mengisi

kau ku lihat semakin erat
semoga kekal hingga akhirat
doaku titip setiap solat
Cerita kita sudah lama tamat
tapi hari ini adalah keramat
tiada lagi hari bersurat
hanya warkah disimpan rapat
dibuka bila rindu datang teringat

biar yang berhak menikmati indah ayumu
sudah ku padam dalam
tiada lagi mimpi semalam....

aku lepaskan
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA







JEBAT


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...