laparku dahagaku penat,
tubuhku jiwaku berat,
besi yang ku pikul selama ini semakin karat,
mungkin ini petanda satu alamat,
kepada yang ESA ku harus taat,
ramadhan menyeru manusia beribadat,
kerna ia penuh dengan cahaya keramat,
bersihkan lah dirimu dari dosa,
yang kau lakukan sepanjang masa,
pohon keampunan dari yang maha ESA,
dalam Ramadhan ada satu cahaya,
dimana seluasnya pintu taubat itu terbuka,
awal,pertengahan, dan perhujungnya,
setiap waktu ada fadilat kebaikanya,
jangan biarkan kerna itu sia-sia,
ambil peluang itu dengan sesungguhnya,
kerana belum tentu kau kan temu semula,
sebelum ramadhan itu berakhir,
ada satu malam telah ditakdir,
anugerah tuhan bagi yang mengambil,
lailatur qadar itu petanda akhir,
cari lah ia sepuluh malam terakhir.
No comments:
Post a Comment