don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Monday, December 16, 2013

berakhir tahun ke-3


Assalamualikum...

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang menangguhkan seketika pengajian di tahap seterusnya...

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Operasi...kalau orang kampung aku kata..dh gred..terima kasih mak abah kerana bersabar dengan perangai anaknya yang paling .... terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang mengajar aku dari abc sampailah aku boleh buat thesis aku sendiri..terima kasih kepada semua kawan2 sahabat2 teman2 dunia akhirat yang banyak mengukir kenangan sepanjang aku belajaq kat sana...

3 tahun terlalu singkat untuk mencipta kenangan namun, kesempatan perlu diambil peluang secukupnya untuk sama2 menikmati keindahan pinjaman ini. Bila dah start reja ni, aku dh mula kenal erti susah payah penat lelah mencari sesuap nasik beriani. Masa berjalan terlalu pantas sampai aku terkandas. ditandas memulas ditelur menetas..dihati berkeras...dijiwa bertunas...woi2..

dalam 3 tahun ni macam2 dah jd..macam2 dah mula..macam dh berakhir..macam dh hilang tapi jumpak balik pon ada.sedih pulak tinggai kawn yang payah nak jumpak..semua dok jauh2 x macam time sekolah dulu..bila dh dok jauh ni...ada kesempatan kita ziarah la..kalau kawin ok gak buleh p kenduri..senang kira reunion skala kecik2...

dalam 3 tahun ni banyak yang aku dh belajaq menjadi seorang manusia berperasaan berhati dan melakukan perkara yang payah nak buat dh lepaih ni..contohnya rider bersama 3 sekawan dari dungun-perak-penang..jauh tu...2 hari perjalan berbekalkan modal rm100 sahaja sepanjang perjalanan..alhamdulilah kriss110, yahama sport ss, dan pjd aku..banyak lagi jd..biarlah kenangan2 pahit manis ini kekal dalam ingtan selamanya.

dalam 3 tahun ni ,zaman yang paling susah adalah time praktikal..internship..latihan industri dan macam2 lagi istilah yang masih valid diguna pakai..aku praktikal kat shah alam..mujuq dok rumah makcik aku..jimat dh kat situ..susah dia adalah membuat thesis..kajian..laporan..questionaire dan macam2 lagi..aku xpenah salahkan org lain..sekadar merungut..last skali aku amek konsep janji ada..setel alhamdulilah..walaupun x cemerlang sangt tpi berbaloi la dengan usaha penat lelah aku..trima kasih google..senior dn lain2 yang terlibat.

selepas 3 tahun tu...tunggu nnt update balik...












langit biru kadang merembeskan air jernihnya
mentari jingga kadang dilitupi awan hitamnya
terik panas siang pasti diselangi dingin malamnya
sang pencinta kadang kecundang karam hatinya
kehidupan pasti akhirnya itu kematian.

jangan dimarah limpah sungainya
jangan diragu bersalji mesirnya
jangan disekat putaran masanya
jangan ditagih cinta hamba Nya
jangan diratap sudah tiba ajalnya

nantikan indah pelanginya,
hargai subur cahayanya
hayati rehat tidurnya,
nikmati indah cintanya
doakanlah dilanjut usianya

-nukilan abadi-
























Thursday, October 17, 2013

Pengorbanan Anak Perantau Di Kota

Tiada lagi makna kerna tiada lagi cinta
hilang kata fakta kerna ramai yang berdusta
sukar beri senang lenang hidup tenang
senang beri asap hitam pasti akan kelam
kalau dulu jabat salam kini tenung dalam-dalam
bawak pergi belakang padang pasti tempur perang 

cerita dulu hingga semalam
berjabat dalam genggam salam
lurah dendam diharungi makin hari makin dalam
sukar bunyi kata-kata diarah terus diam
ini darah tuah ada sabar kalau jebat sudah padam
masih dijalanan malam akal sudah ditilam
kira dapat suap mari kongsi dalam talam

kata berkorban hingga siang 
belum pun beralih malam sudah hilang 
berakal manusia fikirankan binatang
sudah itu anugerah dihentak belakang parang
gila hari ini jadi bintang gila barang
elok-elok orang julang orang sayang 
lagi pailang suka hati tunjuk belang
esok-esok jadi lalangkan terbuang
habis tebang untung-untung jadi padang

kongsi akal dengan hati kan nurani
imbau detik mesra kenangan kembali
hitung tiaphari moga-moga harap henti
harap indah senyum hati kekal abadi
yang sedang harap masih lagi menanti
yang sakit dibiar lepas saja pergi
dikapal masih henti tiada kemudi
umpama hidup tiada tunjuk dari Ilahi
dihati masih sepi tiada penghuni
mungkin atau satu masa nanti pasti diisi
sejarah hidup berputar moga kembali sekali lagi

Tiada makna bukan kerna rupa
Beri fakta bukan lapis dusta
biar rasa pahit ada sebelah bersama
pasti masih ada cinta beri jua rasa
biar juta asal kan setia
yang ikhlas tulus suci itu dari syurga 
dari pemilik maha Pencinta







Friday, July 12, 2013

2010-2013

Assalamualaikum,,,salam ramadhan 4

tiba2 terasa nak menaip jadi bukak benda ni..lama sungguh x bukak..

setelah 6 bulan membanting tulang berpractikal dan tulis thesis..aku rasa bahagia lepaih present hari tu..tp kat tempat practikal aku mmg best sngt environment,cara kerja dan yg paling2 penting kawan2 kattmpat keja..layanan paling baik..walaupun baru berkawan..rasa macam dh lama..dan in syaa ALLAH aku akan smbung bekerja ditempat tu minggu depan..semoga dipermudahkan..tolong2 doa sama.

secara jujurnya aku rasa aku dh habeh blajaq..in syaa ALLAH..susah untuk tafsir perasaan yang jarang2 berlaku dalam hidup ini..tu yg aku rasa..saat aku melangkah meninggal dungun aku rasa sedih+gembira+kosong..mungkin sebab berpisah dengan kengkawan yg sama2 lalui susah senang..sama2 study untuk degree ni..lecturer yg banyak bagi tunjuk ajar..dan org2 yg banyak menyumbang kepada kenangan aku kat dungun tu..3 tahun..macam2 jd...itu yg mendewasakan aku dan semua..aku harap hampa x lupa la kenangan kita..mungkin kita boleh set perjumpaan dalam 5 tahun dari sekarang.mungkin waktu tu bertambah bilangan peserta..anak bini yg mana ada bawak sekali..


dalam mencipta kenangan 
belum pasti indahnya semua
yang duka sama mendewasa
yang suka lalui bersama
tempoh masa kita bersama
mungkin singkat mungkin terleka
tapi cukup mencipta gembira

jika air mata itu mengalir
pasti ada bahu menadah 
jika gembira bimbang bersorak
belakang sudah melompat gembira
ini yang perlu
tapi sayang
tak ramai yg setuju

mungkin kita berbalah
biarlah ada yang mengalah
mungkin kita gembira
jangan biar ada berduka
mungkin kita bercinta
pastikan tanpa ada yang derita
tapi ini sekadar coretan minda
sukar terlihat di bumi 
tapi masih ada 






















Wednesday, January 2, 2013

dekat dh...

masuk tahun ni umuq aku dh 23...walaupun lambat lagi..tapi rasanya patut bersora kat mak kata nk kawin..mak aku mesti hapy punya ni...nk tpon mak satg..haha

tahun 2013-----rasa mcm baru smalam daftar masuk UiTM ni..lani dh tahun akhir dh aku kat sini...dekat 3 tahun la aku mencipta kenangan kat sini...In Shaa Allah....kalau ada rezeki sem depan aku dh practikal..tp smpai la hari ni aku xdpt lagi tempat practikal lgi....

macam2 dh jadi selama aku belajaq kat kampus ni...pengalaman yang mematangkan dan mendewasakan aku...aku belajar menilai,aku belajar memerhati dan yg penting aku belajar pengurusan operasi..

sampai lah hari ni...banyak yg dh berubah dari hari pertama aku kat sini sampai lah ke saat ini..perubahan keadaan dan suasana banyak berlaku sepanjang 2 tahun ni...perubahan itu perlu tapi tak semua benda kena berubah..ada aku menulis tentang aku,mereka dan tempat ni..tp sekadar tulisan biasa yg bnyaknya terkandas..mungkin sukar untuk seperti dulu,tapi tak salah kalau kita mencuba ke arah itu.aku pon turut sama berubah..dh tak macam dulu dh lani..kalau boleh aku nk tinggalkan tempat ini dengan kenangan setiap kawan2 ada kenangan dengan aku..kalau boleh..mungkin sebahagian tidak semuanya...tak semua org suka cara kita..

minggu depan 7.1 aku start dh exam yg mungkin terakhir kali aku tempuhi kat sini..In Shaa Allah..tp mood nk study xsampai2 lagi susah btoi la jd exam oriented student...tunggu last minit baca baru masuk dan ingt..cikgu kata budak laki ni creatif pandai 'goreng' dapt la jugak markah dakwat pen kalau xkena..aku mmg stuju sngt dengan statement ni..goreng sampai hangit pas tu kluar awal...dari SPM sampai lani...kebanyakkan paper mesti kluar awal..padahal ada org merungut tak cukup masa...selalu yg merungut ni pelajar pintar...mmg A dalam tgn..

takat tu ja la...xtau nk buat apa lani..tgu mood nk study sampai seru..baru nk pulun.ok..
apa pun terjadi aku sayang kawan2 aku..so dont worry if i ignore u..

salam final yg final mungkin...amin




Monday, December 31, 2012

kena luahan perasan lama tersimpan

tahun lepas ada org cakap kat aku (2 hari yg lalu) "dulu kan masa xkenal lagi menyampah gila tgk muka hg..nk senyum pon payah sombong btol"

sombong kah aku???tu la mai kenai dulu...tgk buku kat kulit ja nk wat pa...org kata muka aku sombong sebb rambut belah tepi mcm kpop...adoi la..org melihat org menilai...so aku terima dengan hati terbuka
mmg aku susah nk senyum kat org xkenai...nk bercakap mcm member2 lagi la payah..terutamanya pmpuan..bukan sbb kontrol hensem ka pa..cuma aku dibesar bersama sekumpulan lelaki (adik beradik semua laki 5 org) so kalau nk aku start dulu tgoq tu mmg la susah sikit..melainkan......hahaaha...paham sendiri la no... kalau nk aku layan baik mai la kawan ngan aku...ada 2 sebab la kalau aku x bercakap ngan ppuan ni..1.sebab aku suka gila kat dia....2 sebab aku anti gila kat dia...kalau laki orait ja..

bila org baik aku baik baik..org gila aku gila..sama la kalau nk org hormat kita hormat la org dulu...

bila dh baik kenal cakap plak aku gila...mmg kadang2 suka buat benda2 mengarut..bila aku dh selesa ngan hampa mmg aku main lepas ja lah...sory..

dari sudut pandang berbeza 
orang menilai luaran kita
pelihara mana yg patut dijaga
aku manusia biasa
kau juga biasa
pemikiran lain citarasa
adat manusia mendewasa

buat sahabat tercinta
kalian tak pernah aku lupa
tak kenal maka tak cinta
kata dulu aku iklas bicara
ku mohon maaf terkasar bahasa
yg kekal kenangan bersama
yang berpisah itu mulanya
satu pertemuan bersua







Friday, December 28, 2012

itu yang mampu...

si laknat bermula lagi
awal hijrah lalu bermula kembali
celakanya beraja iblis
membunuh si kecil tidak mengerti
meragut di tua tak daya berdiri
mencabul wanita yang lemah sendiri
yang menyokong berdiam diri
yang membangkang sekadar simpati

aku tidak mengerti hal dunia ini
semakin aku kaji
semakin terus menuli
gerakan apa maksudnya ini
tanpa bantuan 
takut sangat dengan si dajal peniti
yang patut bangun berdiri
masih sepi tiada penghuni

melayang terbang sehalus debu
itulah nilai simpatimu
simpatiku
tanpa kudrat menghulur bantu
tiada harta ku kirim dahulu
sedikit sumbang itu yang mampu

mata boleh sekadar membaca
hati boleh sekadar doa
ingin aku berjihad bersama
namun belum tiba restu izin Nya






Sunday, November 11, 2012

sekali lagi beerti

yang pernah dulu aku sudah
kini pun masih luka berdarah
kembalikan jangan dianggap pernah
dilema aku orang tiada yang susah
bukan aku membuang sepah
yang manis pun belum terjamah

beribu kali aku pesan sabar
sungguh kau benar-benar tegar
kali aku tersedar ia sudah pun bergegar
kuat utuh asas mana pun lebar
jika takdirnya tetap akan berderai hampar
 terlalu dalam aku selami dasar
mencari mana yang sukar
sayang hampa belum pun kembang dan mekar
sudah pudar tidak bersandar

sempurna terlalu banding menjauh
sekadar seketika henti berteduh

sekali lagi masih berlari
aku pilih untuk berhenti
biru dilaut aku terus aku perhati
sampai yang sedar tidak peduli
bukan aku yang tidak mahu mengerti
bukan aku tak setia menanti
sekadar biarkan rela masa pergi
menanti tenang disudut hati
mungkin temui 
yang pasti mencari

jauh sekali mengaku sempurna
masih kosong tidak berwarna
calit-calit bait hitam keras terpana
putih tidak hitam telihat
calar parut jelas terbiat
aku bukan pelangi untuk mewarna
aku bukan bulan bercahaya
bintang pun tidak untuk berkelip


aku bukan yang dulu lagi
yang dulu jadikan aku hari ini
belum beerti aku selamanya sendiri







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...