yang pernah dulu aku sudah
kini pun masih luka berdarah
kembalikan jangan dianggap pernah
dilema aku orang tiada yang susah
bukan aku membuang sepah
yang manis pun belum terjamah
beribu kali aku pesan sabar
sungguh kau benar-benar tegar
kali aku tersedar ia sudah pun bergegar
kuat utuh asas mana pun lebar
jika takdirnya tetap akan berderai hampar
terlalu dalam aku selami dasar
mencari mana yang sukar
sayang hampa belum pun kembang dan mekar
sudah pudar tidak bersandar
sempurna terlalu banding menjauh
sekadar seketika henti berteduh
sekali lagi masih berlari
aku pilih untuk berhenti
biru dilaut aku terus aku perhati
sampai yang sedar tidak peduli
bukan aku yang tidak mahu mengerti
bukan aku tak setia menanti
sekadar biarkan rela masa pergi
menanti tenang disudut hati
mungkin temui
yang pasti mencari
jauh sekali mengaku sempurna
masih kosong tidak berwarna
calit-calit bait hitam keras terpana
putih tidak hitam telihat
calar parut jelas terbiat
aku bukan pelangi untuk mewarna
aku bukan bulan bercahaya
bintang pun tidak untuk berkelip
masih kosong tidak berwarna
calit-calit bait hitam keras terpana
putih tidak hitam telihat
calar parut jelas terbiat
aku bukan pelangi untuk mewarna
aku bukan bulan bercahaya
bintang pun tidak untuk berkelip
aku bukan yang dulu lagi
yang dulu jadikan aku hari ini
No comments:
Post a Comment