don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Saturday, October 29, 2011

coretan pagiku

sudah jam 3pg
mata ini belum masih dapat aku lelapkan
banyak perkara yang harus  difikir
mmg aku perlu memikir semua ini
ini jalan hidupku
jalan yang aku pilih

masing2 menunding jari masing
dengan pendapat dan alasan masing2
aku kadang berfikir sejenak
mana satu jalan yang baik
yang akan,sedang dan yg telah aku pilih
kebenaran yang hakiki adalah jalan ilahi
adakah jalan yang aku pilih ini benar
atau hanya duniawi yang dkejar

satu perkataan tiba singgah diminda ku
PERANG......
perkataan yang aku harap tidak wujud dibumi ini
kalau wujud pun 
pencari maknanya tiada lagi
helaian kamus tidak lagi tercetaknya
dibiarkan saja terkubur tanpa nisan
tanpa tanda tanya

tp ini realiti
perkataan yang banyak meragut nyawa
banyak merosak dunia
metafora yang kadangnya tidak pernah terbayang manusia
aku kadang tersangsi perlu kah perang dizaman ini
atau ia seperti satu rancangan yang sering aku baca perancangannya
tp mengapa negara ISLAM

aku melihat,aku mendengar dan aku cuba mentafsir
atas pendapat pemikiranku
manusia bersifat 
kadang lebih lagi hipotrikal
sama seperti haiwan territorial
atau sekadar menunjuk kuasa politikal

setiap hari permusuhan
setiap hari pembunuhan
saudara ku ramai terkorban
dan ada saling cuba berbunuhan
kerna diwujudkan pelbagai kesangsian
ada saja pelbagai alasan
golongan cuba menjadi tuhan
harus sebenarnya dihapuskan

soalan apakah yang harus aku lontar
dunia kini tanpa henti bergegar
mengapa tidak terus dibubar
perang hanya api membakar
kalau lena sebentar
jaganya sudah terlantar
sampai bila akan berakhir
peredaran zaman tapi diri tidak bertukar

kini semua dapat tersenyum lebar
perkara yang ditunggu sudah tersebar
seluruh umat manusia telah banyak bersabar
dan dunia tidak lagi perlukan pendekar
aku ceritakan yang
PERANG SUDAH TAMAT
MAAF BUKAN KISAH SEBENAR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...