don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Monday, September 17, 2012

dan bila....SEPTEMBER

bulan september 2012...

banyak yg dh berlaku kat aku bulan september ni...2012
ada yg sedih ada yg gembira...
aku bahagia..
bulan ni jugak lah berkurangnya usia aku di muka bumi ALLAH s.w.t

8 september.. 22 tahun yg lalu aku dilahirkan di rumah tok aku...(aku dh crita dh dulu)...
ni birthday kedua aku sambut kat dungun..terengganu..(xsambut sngt pon)
trima kasih semua yg wish kat aku...semoga doa kalian dimakbul kan ALLAH s.w.t...amin

September tahun ni jugak lah aku wat satu keputusan.........
.....

kebahagian yg aku kecapi selamanya ini 
aku bersyukur pada illahi
xkan didatangkan dugaan tanpa bersamanya kebahagian
aku redha 
pasrah mungkin

aku bukan yang dulu...tapi yang dulu 
menjadikan aku hari ini
aku mengerti dilangit dan dibumi
setiapnya diawasi
kebenaran yang pahit kadang tu lebih manis 
dari bahagia yg berdusta
maafkan aku

aku biasa
seperti lelaki biasa
tanpa ada kelebihan
yang banyak kekurangan
banyak membuat kesilapan


maafkan segala kesalahan aku semua
kalau ada jodoh
andai dipanjang usia
bertemu lagi SEPTEMBER nnt





Friday, August 31, 2012

tiada lagi makna..

penyuratan kisah kecurangan
mengugat ,mengegar menampar jauh ke dalam pandangan
 bertukar ruangan berlindung dan terbang
kasih mudah dijalanan
dihempas dipijak disepak pergi jauh melayang
semua yang indah ku bawa kenangan
yg duka itu ku tanam dalam ingatan

keringat cuba menyimpan rahsia
mungkin lupa seketika yang maha ESA
dipapar disudut pengendali cerita
watak-watak kau hidupkan tanpa ada yang rela
cukup menampil wajah pelakon drama
bukan ku pinta mungkin kau rela
membalas budi bukan ini caranya
terang-terang engkau khianati cinta

lupakah kau pada janji yg didukung
mungkin belum kukuh kembali dipayung
mudah runtuh hilang berselerak terbang 
pergi seperti burung
masa bersama-sama telah lama kita harung
baru sebentar dibiar sudah ada menghurung
kenapa tidak engkau menoleh mahupun berpaling
nyatakan engkau sudah ada yg sayang

purnama merungai segala mimpi
aku nampak kau tapi bukan aku yg disisi
dia membawamu pergi dengan izin dan permisi
tanpa memikir ada apa yg jauh di lubuk isi hati.
berdua didepanku janji tanpa khianati
depannya masih suci belum ada yang mengisi
izinkannya terlalu mudah tuk menyelami 

masih syawal masih benar aku maafkan
masih segar dalam ingatan 
tak mudah untuk aku melupakan
belum pernah ku terfikir ku pendamkan
walau jiwa raga ku serahkan 
mungkin belum cukup menampung kepuasan
aku redha walau tidak ku dambakan
biar perit semuanya aku relakan


puisi ini mungkin buat terakhir kali
kalau sesal bolehlah kau ulangi lagi
sesal mu itu masih tetap ku hargai
namun cukup untuk aku harung hanya sekali
yg pergi kali ini peritnya aku tatapi
dengan rela aku redha aku lepaskan kau pergi




"sang pencinta yang kecewa umpama si buta yang berkarya" 



-serpihan potret terhempas-





Monday, July 9, 2012

MASIH BUKAN MILIKU

kau bukan miliku
walau beribu waktu bersamamu
biar berjuta kali namamu ku seru
andai ku pahat utuh dalam hatiku
jika bertarung maut untukmu
kau masih bukan miliku

aku tidak memiliki
walau selamanya ku cintai
telah berlalu yg pertama telah pergi,
biar ini untuk terakhir kali
kau masih belum ku miliki

kau memiliki tp aku bukan
berjauhan seketika waktu itu pasti akan
selebat mana hujan bercucuran
akan aku cuba pertahan
payung itu biar aku  pegangkan
izinkan aku pahatkan kenangan
jika kita tidak berjodohan

andai kau bukan takdirku
mungkin masih ada kurangku
masih ada salahku yg dulu
satu saat  aku akan hilang darimu
kau tetap masih ada di hatiku.
walau kau bukan miliku

andai telah ditetapkan olehNYA
kasihimu terpatri untukku untukNYA
sedetik pun akan ku rasa hilangnya
ku rantai ikatan itu sekukuhnya
berakhirnya nafas ku itu akhirnya
 kau milik aku miliknya
selamanya

rasakan getarnya..andai cinta itu ada
matahari akan tetap bersinar...walau masih ada yg menbenci..

warkah buat bakal isteri ku

-potret lelangit-




Saturday, June 23, 2012

indah lelapku...

indera tertutup rapat menanti puteri datang menjelma,
kasih terkunci rapi hanya sendiri,
indah 
terlalu indah seketika 
mimpi yang terlalu gelap permulaannya..
kini teroka arah cahaya 
 yg datangnya terlalu jauh untuk aku berlari

gelap masih gelap menuju terang
aku masih mengejar bayang
terpaan sejuta penghadang menghalang
tidak mengapa
masih ada penyokong
tak kurang menumpang

bidadari hadir saat aku mengeluh 
 menerpa waktu jiwa ku disentuh
dia masih sama tetap serupa 
masih kabur diwajahnya
masih kurang  petunjuknya
tapi seakan dia......

terlalu indah untuk ku tinggal
terlalu singkat buaian ini
ingin saja ku hentikan mentari
biar kan bulan mengambang
biarkan jiwa ku diawang
namun ini tak mungkin terjadi
illahi lebih mengerti
DIA maha memiliki


-potret lelangit-

selamat pagi
....realiti kembali....



Wednesday, February 29, 2012

impian yang tertunai........

impian aku nk ada basikal fixie
sbb aku rasa aku nk basikal tu..xdak sbb len..
bukan nk bajet hot ka pa ka..hhahaha..ok


pak sedara aku beli basikal fixie dari kawan dia
lepas sebulan pakai dia kawin
aku rasa xdak orang nak naik
aku pon tanya la dia
orang baru kwin ni pemurah sikit
hahahha
mmg pemurah



dia jual kat aku pulak

hobi aku la ni..pg2 jadi mat kayuh..
aku nk p mn pon lani aku kayuh..
tp dlm range 7km mcm 2 la
jauh2 mampuih penat..

Wednesday, February 22, 2012

harimau kena sembelih lagi....


pasukan bola sepak malaysia atau lebih dikenali HARIMAU MALAYA
disembelih di kandang sendiri...
kali ini dengan SAMURAI BIRU pulak


aku bukan nk kondem team malaysia
tapi mutu permainan tu mcm xdak perubahan
aku tengok ar smlm
macam x mau main hantaq bola dekat2
semua dapt bola sepak atas
paih tu xdak orang 

cakap pandai p main tgk..
kalau practice hari2 
dok main sedia2
xkan jd macm tu kot...ni pendapat ja 

nasib baik la malaysia ada khairulfahmi 
kalau x mmg kaw2 punya sembelih la..
tapi xpa semangat kesukanan tu dh nmpk dh
penyokong setia pon dh banyak dh

ni dapat bagi impak kat team malaysia untuk beraksi
lgi baguih g 
harap2 target world cup 2018
tercapai sma2 kita doakan

tapi semangat penyokong bergelar 
''ULTRAS MALAYA''
harus diberi pujian dan sokongan



Sunday, February 19, 2012

syarat-syarat sah......

ASSALAMUALAIKUM...

aku dok tgk youtube...tiba2 aku tgk video ustaz don daniyal pasai syarat2 bertudung
ikut cara yg paling btol

 ada 4 syarat utama bg seorang muslimah menyempurnakan peliharaan aurat mereka
ada hadis dn dalil yg menerang tentang pemakaian tudung
mmg..aku pon perasan  banyak fesyen2 tudung zaman moden ni
tp bg aku tudung yg paling manis aku tengok seorang wanita memakainya ada tudung biasa
tudung bawal kot orang panggil aku pon xtau lah..

syarat pertama
labuh bahagian depan..
labuh bahagian depan ni maksudnya sebahagian tudung tu jatuh kat kawasan dada
orang utara kata berjuntai ke bawah
jangan kamu memakai baju yg bahagian leher yg terbuka luas
sbb--akan terpelihara maruah wanita itu dari macam2 keadaan..
paham2 sendiri la no.

syarat kedua (qumur)
selindungi--tidak dpt ditembusi dengan mata kasar
longgar
sembunyi
menyelaputi-termasuk bahu,dan belakang,

syarat ketiga
atas
atas yang dimaksudkan ialah atas dada mereka..
kain tudung hendaklah dilabuhkan(syarat pertama) sehingga ke melepasi dada

syarat ke 4
dada-dada mereka
kain tudung hendaklah menyelindungi bahagian dada wanita
dpt mengelak fitnah dan terpelihara dari pelbagai keadaan


wahai muslimah yang berada disekelilingku dan juga yg bernafas di bumi ini
pelihara aurat anda
kerana bukan anda yang menanggung dosa itu
 wahai lelaki mukmin
peliharaan aurat wanita disekeliling kamu(keluarga)
kerana kamu yang akan menangung dosa mereka.

paham la no..
(ala hg laki buleh ar dok cakap macam tu)
ni la masalah  ni
kalau tanggung dosa tu sendiri xpa la
buat la nk buat apa pon

aku bukan nak kata aku baik sangat
aku sekadar menyampaikan..
insya Allah


"nk lilit p lah macam mn pon xpa janji ikot 4 syarat ni".Ustz Don


kalau ingin penjelasan lebih lagi
klik sini
ustaz don daniyal






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...