don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Sunday, January 22, 2012

dah mmg musim....

assalamualaikum.....w.b.t

fuh....baru 2 hari aku smpai rumah....banyak dh benda aku buat...
21.1..aku penang smpai dlm pukui  5.30 
koi 8 baru smpai rumah aku,..adoi2..penat dh kat situ
yang aku tau pak menakan aku kawin aritu

bila dh smpai rumah..tgk bilik aku macam tongkang pecah
bebai jugak la sat nkwat macam mn..redha ja la 2 bulan x balik..
pagi tu dlm kul 10 pak menakan aku soh siap jd pengapit dia sat..
aku xpernah try g on ja la nk cari pengalaman
tp mmg kaler baju kami mmg x masuk langsung la
sampai orang kompius mana satu pengantin
nasib bek x mekap ja..
hahhahah..
kawin jugak paksu no...



first time join makan beradap...tingat time bljaq table etique aritu.

ni pon nk kena ajar..orang tgh bersanding mmg akan ikut cakap
hahahhaha...

dok esok harinya
ada lagi kenduri aku kena hadirkan diri
sepupu aku bertunang...
tp x pa aku follow ja event tu
best la..mak ngah masak mmg terbaik la..


dok petang tu jugak aku dpt panggilan dari
member aku dulu..hahhaha
bukan scandal la orng dok usik2
dia pon dh nk bertunang dh...fuh siap jmput aku lagi
insya ALLAH kalau dn balik aku p
sbb aku pon esok ada jugak kenduri adik beradik ni
"kalau x p takut x knai adik beradik
bertumbuk tgk2 dik beradik"-pak aku slalu guna ayat ni



apa pon yang bertunang ka
yang merisik ka
yang kawin ka
aku doakan semoga jodoh kalian kuat..amin2..

aku??bila lagi??hahahaha
kalau jodoh
xkemana.

rusuk kiri mencari pengisi
hadiah pelangkap kurnia ilahi
dihargai disayangi
pengertian jauh lebih beerti
memeluk erat
mengucup nikmat
semoga pendamping  ke akhir hayat..

''aku terima nikahnya _ _ _ _ _ dengan mas kawin tersebut tunai."

-potret "abg" lelangit

Monday, January 16, 2012

hidup-hidup...maha.......

Assalamualaikum.....

HIDUP...HIDUP...MAHA-SIS-WA

slogan ni sering kedengaran disetiap pelusuk universiti kat MALAYSIA lani
ok..definasi UNIVERSITI...adalah..xpayah habaq semua orang tau..
bukan tempat yg menjadi medan pejuangan kolibrasi politik
ADAM ADLI menjadi sebutan ramai sekarang ni
tahniah kepada beliau kerana telah menjadi terkenal dengan sekelip mata
dan yang aku paling xtahan adalah seorang mahasiswa USM 
mengugut untuk mengebom helikopter yg di naiki oleh PM 
setelah disoal siasat beliau yg seorng pelajar engineering 
xdak langsung bakat membuat bom.....what a loser..
belajaq bagi perabih dulu la nk wat pa pon

kata nk perjuang kan kebebasan akademik
nk jd lebih intelektual 
tpi tindakan dh macam orang xdk agama
kalau ya pon nk bunuh orang buat la sengap2
ni post kat facebook
pa crita
kata IQ tingi kelangit
setahu aku pelajar USM ni bukan budak2 biasa la 
mau2 3.5 above..dh bijak sngt dh tu
kamon la jgn malukan golongan aku

tengok la sikit perkembangan yang berlaku kat negara belah2 arab nu
negara islam belaka
memberontak semua,
tengok apa jd
mati sesaje je
ni aku rasa kesan pengaruh jugak ni..
jangan jdi diri kita alat untuk orng lain menapak
berkorban untuk diri sendiri dulu kalau ya pon nk korban untuk orang lain

apa yang aku tulis bukan atas dasar aku pro kerajaan atau anti pembankang
aku menulis kerana aku seorang mahasiswa yg sering tersenyum melihat perkara bodoh 
yg dilakukan demi mengecapi populariti dalam kesempitan

AYUH SEMUA MAHASISWA KALAU BENAR APA YANG CUBA ANDA PERJUANGKAN INI
MARI KITA BUKTIKAN KAT PRU13 NI!!!!!

JANGAN KERANA KOLOT PEMIKIRAN ANDA
MASA DEPAN ANDA TERGADAI
MASA TIDUR ANDA  TERGADAI(smpai tidoq tepi jalan)
DARAH ANDA TUMPAH KE TANAH

GUNA HAK BERFIKIR SEBELUM GUNA 
HAK POST KAT FACEBOOK
KALAU TERPELAJAR SILA GUNA HAK MIRANDA BUKAN HAK NAK BERCANDA






dan apabila berubah keinginan manusia
punca ada dua
keinginan atau hasutan
telah dinyatakan hukumnya
dari belakang binatang namanya
beseloka dengan singa
ibarat bermain dengan sedepa
menangis penyesalan adat manusia
pengembala hilang terus sembunyi
anak biri bersorak berani 
 sepi kaku di tirai besi




-potret lelangit-


Sunday, January 15, 2012

perjanjian syaitan....

assalamualaikum w.b.t

aku ada terbaca satu artikal pasai apa yang telah dijanjikan
  SYAITAN terhadap kaum WANITA
setiap satu perjanjian aku perhatikan telah ditunai......
wahai wanita sekalian.....renung2kan

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden.
Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!
Nauzubillah.

''sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat''


Saturday, January 7, 2012

kalau aku.......

kalau aku bersuara,
perlukah telunjuk manusia,
sedangkan iman yang perlu ditanya,
bertindak waras.
perlukah diri terus dihakimi,
sedang keadilan hanya menyepi,
berlari dan terus berlari,
samar-samar yang dikejar,
belum pasti menanti,
mati sendiri lagi.


kalau aku derita,
jangan bimbang sengsara,
masa pasti akan tiba,
berduka bukan selamanya,
persinggahan di satu titik kembali bermula,
perjalanan masih jauh diteroka,
melupakan seketika air mata,
kadang mengimbau sejarah terluka,



kalau aku pergi,
 bukan aku berlari sembunyi,
cuma hati terlalu penat menanti,
menyayangi bukan perlu disayangi,
tapi mengharap kasih yang kekal abadi,
aku pergi tanpa kembali,



"tak menoleh bukan tak melihat ,sekadar memberi peluang kembali"

-potret nukilan lelangit-


Monday, January 2, 2012

blah atau sakit????

menurut kajian PROFESOR HAZAFAR RAZEIF
manusia akan bertindak diluar jangkaan apabila rangsangan oksigen yang mengandungi hemoglobin kedalam otak berlebihan
pencetus utama ransangan seperti wujudnya satu semangat yang telah disuntik oleh kuasa minoriti 
dalam kelompok majoriti atau komuniti untuk melakukan apa sahaja diluar kawalan
golongan muda memiliki kelebihan satu hormon kesemangatan yg mudah diterbitkan apabila berada ditempat atau keadaan yang betul....
ransangan seperti memiliki puak yang ramai,hasutan,dan pergolakan merupakan satu agen pelengkap
atau pencetus penerbitan hormon tersebut
ia lebih dikenali sebagai hormon kordogen
apabila ia telah tiba ke otak manusia
pelbagai tinkah laku atau perbuatan adalah diluar kawalan...

pasai pa  aku membuat kajian ini...sebab aku la profesor tu..hahahaha

ok2 berbalik kepada isu yg sedang hangat diperkatakan
PIHAK BERKUASA GANAS DI UPSI.
penilaian pelbagai pihak terhadap isu ini adalah negatif sepenuhnya
'polis jahat pukui orang sampai kritikal
'kerajaan bodo buat macam tu'
ada jugak yang menyuarakan melalui sastera
"lalu tahun pun panas bertunas,lalu siswa pun ganas ditindas"

pelbagai pendapat dilontarkan
pelbagai rasa diluahkan,

apa yg ingin aku katakan ada pendapat aku
menyokong tidak,membangkang pun tidak
ini atas dasar cita2 aku masa darjah 2 nk jadi polis
bg aku tindakan satu kuasa meleraikan satu keadaan kekecohan dengan kelembutan 
bukan satu cara yang salah tapi mengikut keadaan
takan nk kata macam ni
"adik balik la jangan nk kecoh2 kat sini nnt susah kami nk buat kerja"
tak pon
"jangan la berimpun2 macam ni dik x baguih la ..balik la"

skuad FRU(federal reserve unit) telah melalui pelbagai latihan untuk mengawal keadaan kekecohan yang berlaku dalam sesebuah negara
kalau setakat cakap macam tu keadaan buleh tenang baik panggil cikgu sekolah tadika yg comei2 p leraikan rusuhan.
MAHASISWA...kalau dh nm pun mahasiswa nk kalut apa
bukan kerja hg p wat demonstrasi,p buat rusuhan
reja hg belajaq..
bila dh jadi macam ni kesoh satu MALAYSIA TANAH AIR KU
"mak depa katok cek,pukui cek
dh xdak penyakit p cari penyakit nk wat apa"

bila orang xbg sudah la
bila orang larang ada la sebab dia
bila orang pukui padan la muka...hahaha

ok ni pendapat aku bg pihak berkenaan 
sebarang tindakan mesti didahulukan pertimbangan
dok canang rakyat didahulukan
pa crita ni biar polis katok budak2 macam tu
nk lakukan fizikal kontek tu boleh
tapi batasnya perlu ada
pendekatan lain masih boleh digunakan
jangan menampakkan sangat hilangnya pertimbangan manusia
kita bukan macam israel laknattullah





apa sahaja dimulakan perakhiran itu permulaan
mencurah air kedaun keladi
itu perpatah lama
jadi mereka untuk tahu mereka
jangan memetik senapang tanpa peluru
jangan biarkan si buta membidik
jangan seru nm maharaja
hulubalang panglima setia
berikrar tanpa kata
bersumpah tanpa suara
membara jiwa mereka.
walau lukanya sembuh,parutnya masih tercalar,hatinya masih terbakar

ok habih dah...

Monday, December 26, 2011

pertemuan ketentuan ilahi

24-26 december 2011

Perjumpaan keluarga Allahyarham Haji Md Idrus bin Hj Md Salleh

LOkasi-Ri-YAZ HERITAGE,KUALA TERENGGANU

Alhamdulilah,perjumpaan family aku aritu berjalan lancar
cuaca sangt baik syukur2
walaupun 2 3 hari ni dok hujan 
tp time wat fmly gthering tu x hujan pon
mendung ja..

credit to my aunt LAILA HANIM 
sbb organize perjumpaan macam ni
ni first time wat kat luaq dari rumah
sblm ni kan rumah tok nana ja
best sngt best

walaupun xcukup satu famly ttp berjalan dgn baik
kalau semua mai mmg lagi happening
dan paling utama mak n abah smbut anniversary sekali..ke 23..huhuhu

aku ni dh jd UNCLE@MAMU@PAK NGAH,
haaahh...tp sygnya terlalu muda aku nk pegang jwatan tu..hahhaha 
just call me ABANG .....ok
ada sorang baby ni smpai xleh tgk muka aku
dok nangeh ja..aku pon dok serabut ngan dia ni
mungkin sbb teruja kot dpt uncle yg HENSEM mcm aku ni..hohoho
lagi dia x suka aku lg tu aku dok kacau dia

bila dh jd antara senoir cousin ni
apa2 pon aku la kena.
tp xpa tugas diberikan aku amanah sokmo

makcik aku kata sbb pilih wat kat tganu ni sbb aku blajaq kat sini
bleh jd tour guide la pa benda la
aku mn nk p tau jalan2 blah k.t nu
aku wat mcm aku tau jala
hahahahah

mmg aktiviti yg di rancang dpt mengeratkan hubungan kekeluargaan 
bukan sbb x erat sblum ni
tp jarang jumpa
kadang2 setahun sekali
kalau jumpak pon bkan smbang sngt pon..hahhaha
itu sbb aku pemalu
ok
thank to all the famly
KHALA BU
MAMU ATAN 
MAMU MIAU
MAMU ATID(bapak aku)
KHALA HANIM

ni la semua yg p..ramai..blum semua lagi yg join

yeah semangat aku main game ni...dpt first place kot

happy anniversary to my parent



paih ni depa dok plan nk buat kat luaq Malaysia pulak
tgu aku kawin dulu la..pakej honeymoonnnnnnnnnn..hahaha


Thursday, December 22, 2011

minggu penuh cabaran...

ahad-test finance 533
isnin-test osha
selasa-test finance 429...dinner opem
rabu-test procurement 
khamis-presentation bel


ya ..itu dia mmg mencabar btoi mnggu terakhir ni
minggu depan dh study week ni
2 minggu cuti rehat pala otak..
dh cukup membangangkan

dinner opem best la jugak tema 1 world
pakai ja la pa pon.
aku pakai aku ingt macam korea 
tp depa kata noh hujan
Jepun la..
depa kata Malaysia jugak
ok nk gaduh wat pa 
RM 35 
jangan bazirkan walaupun makanan xberapa nk syempoi
tp alhamdulilah sentai kaw2 punya

raggae cas

lelaki melayu 

wak opie


bruno yop

ayah dut

real king

???
hahahha

kan aku kata ...korea la..hahahha

ini warna warni kehidupan aku
suka atau tidak yang laluinya aku
penilainya tuhan sahaja yang tahu
pasrah atau redha 
aku biarkan saja berlalu
berlari bila perlu
atau merangkak terus menunggu

terciptanya manusia sudah ada suratan
lahir dengan tangisan 
mati dengan nisan
-potret hidup lelangit-






sabtu ni famly aku nk wat gathering kat tganu plk....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...