don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Friday, August 22, 2014

genap setahun si anak perantau

Assalamualikum....

Menulis saat jiwa ini keresahan
Menulis waktu itu kesepian
Menulis kala terasa ada kelapangan
Lapangnya saat semua masih dibaringan
Semua masih diawangan 
Masih bermalam menagih mimpi semalam

Sudah mengenal lelah pencarian
Rezeki bukan berkasihan
Lelah yang teringatkan
Masa lalu waktu kenakalan
Lalu tanpa memikirkan yang depan
Buat apa yang mampu lakukan

Memang yang dulu bukan sekarang
Setegar mana mengemis
kini sudah puncak gemilang
bukan semua bernasib malang
bukan semua akan dijulang
didunia biar berkarang
jangan disana menjadi arang.

ramai manusia lain hatinnya
kening dah hitam sama
beza banyak dalam geraknya
berbaik pada mereka
pasti ada pembenci setia
tak tinggal pencinta sempurna

Tiada maksud berlagak suci
sama kita hamba illahi
mencari erti agar mengerti
hidayah diutus untuk pencari
ada yang datang dengan sendiri
takdir illahi Maha Pengasihani



Thursday, August 21, 2014

baik=baik

ku harap masih berbunga,
sayang dalam jabangan purnama
bukan kata ingin dicapai,
nk disentuh tgn xsampai,
bukan tidak melihat,
cuba dipandang tapi x sempat,
ku  sedar ku bukan malaikat,

ingin kan yang sempurna,
pandang diri hamba terhina,
ku cuba pasang impian,
miliki mahkota ramai idaman,
sayang yang ramai ku terakhir
bermukim sepi berkampung hilir,
ku sedar ku bukan pendekar
yang dapat menyunting seri yang mekar

pernah aku tersilap melangkah,
bahagia sekejap tersungkur ke tanah,
belum pun bangun dari rebah,
terlepas sudah sokong dah patah ,
mengapa di tagih sudah terkenang,
biar kelap dalam hilang
jangan dicurah cahaya siang
berani aku kelam bulan mengambang
ku sedar ku bukan pahlawan bertempur perang
sia darah seorang pejuang.

jangan disingkap kelambu hatinya
jika hati tak mahu kecewa
bunga hiasan bekas kaca
tak mudah ditunduk pemilik jiwanya
tak lekang mulut pemanis hatinya.





Wednesday, August 20, 2014

kepastian dicari...

mencari kepastian yang masih menjadi rahsia
rahsia Ilahi sudah tertulis sejak azali
doa dalam sujud terakhir ditangisi
mengharap takdir yang kosong diisi
biar berseri
biar mekar dihari
berbunga dihati,
mungkin satu saat nanti pasti..

kepastian diungkap sepi
ditafsir dari mimpi
diatur gerak hati
masih tersedar diri
tapi hati masih mati
yang suci pasti bersama misteri
yang gelap akan terus kelam menyepi
selagi tidak berubah hati
bukan kata manis janji
sudah termaktub di kitab suci.

diselubungi warna biru
sejuk indera memandang sayu
dicapai tangan pasti tak temu
dikejar pasti pergi lebih laju
tertoleh seketika embun sudah pun membeku.

umpama syurga dalam opera dunia
umpama intan dalam bekas permata
umpama emas dalam gengam manusia
umpama ilmu dalam gedung hatinya
umpama cinta dengan tawaran syurga
umpama hati masih teguh imannya.

jika disuruh pergi
jgn diharap kembali
andai diminta nanti
tiap saat menghitung hari




Tuesday, August 19, 2014

Erti sebuah Kehidupan

"Rindu
sering diungkap tanpa tahu
disebar tanpa malu
dihukum tanpa ragu
lumrah lurah lautnya biru
mampu bertutur berpura bisu"



erti sebuah kehidupan
depan mata tanpa peduli bicara
diabai tutur kata
tak mampu diangkat cinta
tak daya merungkai rasa
dan bila berakhir semua
yang ada penyesalan berganda
yang ada hanyalah cerita lagenda

bukan aku terlalu terlambat
namun ada yang terlalu cepat 
langkah belum pun sempat
seakan tak memahami yang tersirat
biarkan saja sudah terlewat
tak mampu dihalang takdir terikat
doamu bahagia keakhir hayat

dan sekali lagi
rasa itu dirasa kembali
masih dirunung sepi
sibuk dinihari
lupa seketika yang pergi
penawar dari Illahi
aku sudah lama mengerti

jangan diungkap maaf beribu
tiada silap darimu
tiada yang terguris dikalbu
yang ada hanyalah rindu
namun kau bukan untukku
rindu itu akan berlalu
mungkin ada nanti bertemu
ada tercipta untukku
kau sudah temui untukmu


"ini takdirku ,itu jodohmu, sebatikan agar tak mudah dileraikan"




Monday, August 18, 2014

Jemputan ke Tanah suci

Assalamualaikum..
Alhamdulilah, aku dijemput ILLAHI mengerjakan ibadah umrah..
seorang hamba yang hina ini dijemput jugak ke tanah suci..
sebak terhidu kiswah, mengalir melihat kaabah
macam2 yang aku lalui saat menjejaki di tanah haram,
melihat sendiri makam Rasullullah s.a.w, makam sahabat diperkuburan baqie,
Indahnya terngiang sehingga ke hari ini..


terima kasih kepada makciku.. Pn Laila Hanim sekeluarga kerana menaja ku kesana..kepada kedua org tuaku En Md Razeif dan Pn Hamidah yang menyumbang belanja..hanya Allah sahaja yang membalas.


terngiang azan disubuh sunyi,
saat dulu masih diselimuti mimpi,
disana diawal pagi sudah meniti,
berkumandang suara itu sudah ramai kelilingi,
yang lambat di kaki-kaki,
saat terbit mentari
digugurkan rezeki pencari 
satu kota yang tak pernah mati.





















Monday, December 16, 2013

berakhir tahun ke-3


Assalamualikum...

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang menangguhkan seketika pengajian di tahap seterusnya...

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Operasi...kalau orang kampung aku kata..dh gred..terima kasih mak abah kerana bersabar dengan perangai anaknya yang paling .... terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang mengajar aku dari abc sampailah aku boleh buat thesis aku sendiri..terima kasih kepada semua kawan2 sahabat2 teman2 dunia akhirat yang banyak mengukir kenangan sepanjang aku belajaq kat sana...

3 tahun terlalu singkat untuk mencipta kenangan namun, kesempatan perlu diambil peluang secukupnya untuk sama2 menikmati keindahan pinjaman ini. Bila dah start reja ni, aku dh mula kenal erti susah payah penat lelah mencari sesuap nasik beriani. Masa berjalan terlalu pantas sampai aku terkandas. ditandas memulas ditelur menetas..dihati berkeras...dijiwa bertunas...woi2..

dalam 3 tahun ni macam2 dah jd..macam2 dah mula..macam dh berakhir..macam dh hilang tapi jumpak balik pon ada.sedih pulak tinggai kawn yang payah nak jumpak..semua dok jauh2 x macam time sekolah dulu..bila dh dok jauh ni...ada kesempatan kita ziarah la..kalau kawin ok gak buleh p kenduri..senang kira reunion skala kecik2...

dalam 3 tahun ni banyak yang aku dh belajaq menjadi seorang manusia berperasaan berhati dan melakukan perkara yang payah nak buat dh lepaih ni..contohnya rider bersama 3 sekawan dari dungun-perak-penang..jauh tu...2 hari perjalan berbekalkan modal rm100 sahaja sepanjang perjalanan..alhamdulilah kriss110, yahama sport ss, dan pjd aku..banyak lagi jd..biarlah kenangan2 pahit manis ini kekal dalam ingtan selamanya.

dalam 3 tahun ni ,zaman yang paling susah adalah time praktikal..internship..latihan industri dan macam2 lagi istilah yang masih valid diguna pakai..aku praktikal kat shah alam..mujuq dok rumah makcik aku..jimat dh kat situ..susah dia adalah membuat thesis..kajian..laporan..questionaire dan macam2 lagi..aku xpenah salahkan org lain..sekadar merungut..last skali aku amek konsep janji ada..setel alhamdulilah..walaupun x cemerlang sangt tpi berbaloi la dengan usaha penat lelah aku..trima kasih google..senior dn lain2 yang terlibat.

selepas 3 tahun tu...tunggu nnt update balik...












langit biru kadang merembeskan air jernihnya
mentari jingga kadang dilitupi awan hitamnya
terik panas siang pasti diselangi dingin malamnya
sang pencinta kadang kecundang karam hatinya
kehidupan pasti akhirnya itu kematian.

jangan dimarah limpah sungainya
jangan diragu bersalji mesirnya
jangan disekat putaran masanya
jangan ditagih cinta hamba Nya
jangan diratap sudah tiba ajalnya

nantikan indah pelanginya,
hargai subur cahayanya
hayati rehat tidurnya,
nikmati indah cintanya
doakanlah dilanjut usianya

-nukilan abadi-
























Thursday, October 17, 2013

Pengorbanan Anak Perantau Di Kota

Tiada lagi makna kerna tiada lagi cinta
hilang kata fakta kerna ramai yang berdusta
sukar beri senang lenang hidup tenang
senang beri asap hitam pasti akan kelam
kalau dulu jabat salam kini tenung dalam-dalam
bawak pergi belakang padang pasti tempur perang 

cerita dulu hingga semalam
berjabat dalam genggam salam
lurah dendam diharungi makin hari makin dalam
sukar bunyi kata-kata diarah terus diam
ini darah tuah ada sabar kalau jebat sudah padam
masih dijalanan malam akal sudah ditilam
kira dapat suap mari kongsi dalam talam

kata berkorban hingga siang 
belum pun beralih malam sudah hilang 
berakal manusia fikirankan binatang
sudah itu anugerah dihentak belakang parang
gila hari ini jadi bintang gila barang
elok-elok orang julang orang sayang 
lagi pailang suka hati tunjuk belang
esok-esok jadi lalangkan terbuang
habis tebang untung-untung jadi padang

kongsi akal dengan hati kan nurani
imbau detik mesra kenangan kembali
hitung tiaphari moga-moga harap henti
harap indah senyum hati kekal abadi
yang sedang harap masih lagi menanti
yang sakit dibiar lepas saja pergi
dikapal masih henti tiada kemudi
umpama hidup tiada tunjuk dari Ilahi
dihati masih sepi tiada penghuni
mungkin atau satu masa nanti pasti diisi
sejarah hidup berputar moga kembali sekali lagi

Tiada makna bukan kerna rupa
Beri fakta bukan lapis dusta
biar rasa pahit ada sebelah bersama
pasti masih ada cinta beri jua rasa
biar juta asal kan setia
yang ikhlas tulus suci itu dari syurga 
dari pemilik maha Pencinta







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...