don't worry to be happy

don't worry to be happy
don't worry to be happy

Wednesday, August 20, 2014

kepastian dicari...

mencari kepastian yang masih menjadi rahsia
rahsia Ilahi sudah tertulis sejak azali
doa dalam sujud terakhir ditangisi
mengharap takdir yang kosong diisi
biar berseri
biar mekar dihari
berbunga dihati,
mungkin satu saat nanti pasti..

kepastian diungkap sepi
ditafsir dari mimpi
diatur gerak hati
masih tersedar diri
tapi hati masih mati
yang suci pasti bersama misteri
yang gelap akan terus kelam menyepi
selagi tidak berubah hati
bukan kata manis janji
sudah termaktub di kitab suci.

diselubungi warna biru
sejuk indera memandang sayu
dicapai tangan pasti tak temu
dikejar pasti pergi lebih laju
tertoleh seketika embun sudah pun membeku.

umpama syurga dalam opera dunia
umpama intan dalam bekas permata
umpama emas dalam gengam manusia
umpama ilmu dalam gedung hatinya
umpama cinta dengan tawaran syurga
umpama hati masih teguh imannya.

jika disuruh pergi
jgn diharap kembali
andai diminta nanti
tiap saat menghitung hari




Tuesday, August 19, 2014

Erti sebuah Kehidupan

"Rindu
sering diungkap tanpa tahu
disebar tanpa malu
dihukum tanpa ragu
lumrah lurah lautnya biru
mampu bertutur berpura bisu"



erti sebuah kehidupan
depan mata tanpa peduli bicara
diabai tutur kata
tak mampu diangkat cinta
tak daya merungkai rasa
dan bila berakhir semua
yang ada penyesalan berganda
yang ada hanyalah cerita lagenda

bukan aku terlalu terlambat
namun ada yang terlalu cepat 
langkah belum pun sempat
seakan tak memahami yang tersirat
biarkan saja sudah terlewat
tak mampu dihalang takdir terikat
doamu bahagia keakhir hayat

dan sekali lagi
rasa itu dirasa kembali
masih dirunung sepi
sibuk dinihari
lupa seketika yang pergi
penawar dari Illahi
aku sudah lama mengerti

jangan diungkap maaf beribu
tiada silap darimu
tiada yang terguris dikalbu
yang ada hanyalah rindu
namun kau bukan untukku
rindu itu akan berlalu
mungkin ada nanti bertemu
ada tercipta untukku
kau sudah temui untukmu


"ini takdirku ,itu jodohmu, sebatikan agar tak mudah dileraikan"




Monday, August 18, 2014

Jemputan ke Tanah suci

Assalamualaikum..
Alhamdulilah, aku dijemput ILLAHI mengerjakan ibadah umrah..
seorang hamba yang hina ini dijemput jugak ke tanah suci..
sebak terhidu kiswah, mengalir melihat kaabah
macam2 yang aku lalui saat menjejaki di tanah haram,
melihat sendiri makam Rasullullah s.a.w, makam sahabat diperkuburan baqie,
Indahnya terngiang sehingga ke hari ini..


terima kasih kepada makciku.. Pn Laila Hanim sekeluarga kerana menaja ku kesana..kepada kedua org tuaku En Md Razeif dan Pn Hamidah yang menyumbang belanja..hanya Allah sahaja yang membalas.


terngiang azan disubuh sunyi,
saat dulu masih diselimuti mimpi,
disana diawal pagi sudah meniti,
berkumandang suara itu sudah ramai kelilingi,
yang lambat di kaki-kaki,
saat terbit mentari
digugurkan rezeki pencari 
satu kota yang tak pernah mati.





















Monday, December 16, 2013

berakhir tahun ke-3


Assalamualikum...

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang menangguhkan seketika pengajian di tahap seterusnya...

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pengurusan Operasi...kalau orang kampung aku kata..dh gred..terima kasih mak abah kerana bersabar dengan perangai anaknya yang paling .... terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang mengajar aku dari abc sampailah aku boleh buat thesis aku sendiri..terima kasih kepada semua kawan2 sahabat2 teman2 dunia akhirat yang banyak mengukir kenangan sepanjang aku belajaq kat sana...

3 tahun terlalu singkat untuk mencipta kenangan namun, kesempatan perlu diambil peluang secukupnya untuk sama2 menikmati keindahan pinjaman ini. Bila dah start reja ni, aku dh mula kenal erti susah payah penat lelah mencari sesuap nasik beriani. Masa berjalan terlalu pantas sampai aku terkandas. ditandas memulas ditelur menetas..dihati berkeras...dijiwa bertunas...woi2..

dalam 3 tahun ni macam2 dah jd..macam2 dah mula..macam dh berakhir..macam dh hilang tapi jumpak balik pon ada.sedih pulak tinggai kawn yang payah nak jumpak..semua dok jauh2 x macam time sekolah dulu..bila dh dok jauh ni...ada kesempatan kita ziarah la..kalau kawin ok gak buleh p kenduri..senang kira reunion skala kecik2...

dalam 3 tahun ni banyak yang aku dh belajaq menjadi seorang manusia berperasaan berhati dan melakukan perkara yang payah nak buat dh lepaih ni..contohnya rider bersama 3 sekawan dari dungun-perak-penang..jauh tu...2 hari perjalan berbekalkan modal rm100 sahaja sepanjang perjalanan..alhamdulilah kriss110, yahama sport ss, dan pjd aku..banyak lagi jd..biarlah kenangan2 pahit manis ini kekal dalam ingtan selamanya.

dalam 3 tahun ni ,zaman yang paling susah adalah time praktikal..internship..latihan industri dan macam2 lagi istilah yang masih valid diguna pakai..aku praktikal kat shah alam..mujuq dok rumah makcik aku..jimat dh kat situ..susah dia adalah membuat thesis..kajian..laporan..questionaire dan macam2 lagi..aku xpenah salahkan org lain..sekadar merungut..last skali aku amek konsep janji ada..setel alhamdulilah..walaupun x cemerlang sangt tpi berbaloi la dengan usaha penat lelah aku..trima kasih google..senior dn lain2 yang terlibat.

selepas 3 tahun tu...tunggu nnt update balik...












langit biru kadang merembeskan air jernihnya
mentari jingga kadang dilitupi awan hitamnya
terik panas siang pasti diselangi dingin malamnya
sang pencinta kadang kecundang karam hatinya
kehidupan pasti akhirnya itu kematian.

jangan dimarah limpah sungainya
jangan diragu bersalji mesirnya
jangan disekat putaran masanya
jangan ditagih cinta hamba Nya
jangan diratap sudah tiba ajalnya

nantikan indah pelanginya,
hargai subur cahayanya
hayati rehat tidurnya,
nikmati indah cintanya
doakanlah dilanjut usianya

-nukilan abadi-
























Thursday, October 17, 2013

Pengorbanan Anak Perantau Di Kota

Tiada lagi makna kerna tiada lagi cinta
hilang kata fakta kerna ramai yang berdusta
sukar beri senang lenang hidup tenang
senang beri asap hitam pasti akan kelam
kalau dulu jabat salam kini tenung dalam-dalam
bawak pergi belakang padang pasti tempur perang 

cerita dulu hingga semalam
berjabat dalam genggam salam
lurah dendam diharungi makin hari makin dalam
sukar bunyi kata-kata diarah terus diam
ini darah tuah ada sabar kalau jebat sudah padam
masih dijalanan malam akal sudah ditilam
kira dapat suap mari kongsi dalam talam

kata berkorban hingga siang 
belum pun beralih malam sudah hilang 
berakal manusia fikirankan binatang
sudah itu anugerah dihentak belakang parang
gila hari ini jadi bintang gila barang
elok-elok orang julang orang sayang 
lagi pailang suka hati tunjuk belang
esok-esok jadi lalangkan terbuang
habis tebang untung-untung jadi padang

kongsi akal dengan hati kan nurani
imbau detik mesra kenangan kembali
hitung tiaphari moga-moga harap henti
harap indah senyum hati kekal abadi
yang sedang harap masih lagi menanti
yang sakit dibiar lepas saja pergi
dikapal masih henti tiada kemudi
umpama hidup tiada tunjuk dari Ilahi
dihati masih sepi tiada penghuni
mungkin atau satu masa nanti pasti diisi
sejarah hidup berputar moga kembali sekali lagi

Tiada makna bukan kerna rupa
Beri fakta bukan lapis dusta
biar rasa pahit ada sebelah bersama
pasti masih ada cinta beri jua rasa
biar juta asal kan setia
yang ikhlas tulus suci itu dari syurga 
dari pemilik maha Pencinta







Friday, July 12, 2013

2010-2013

Assalamualaikum,,,salam ramadhan 4

tiba2 terasa nak menaip jadi bukak benda ni..lama sungguh x bukak..

setelah 6 bulan membanting tulang berpractikal dan tulis thesis..aku rasa bahagia lepaih present hari tu..tp kat tempat practikal aku mmg best sngt environment,cara kerja dan yg paling2 penting kawan2 kattmpat keja..layanan paling baik..walaupun baru berkawan..rasa macam dh lama..dan in syaa ALLAH aku akan smbung bekerja ditempat tu minggu depan..semoga dipermudahkan..tolong2 doa sama.

secara jujurnya aku rasa aku dh habeh blajaq..in syaa ALLAH..susah untuk tafsir perasaan yang jarang2 berlaku dalam hidup ini..tu yg aku rasa..saat aku melangkah meninggal dungun aku rasa sedih+gembira+kosong..mungkin sebab berpisah dengan kengkawan yg sama2 lalui susah senang..sama2 study untuk degree ni..lecturer yg banyak bagi tunjuk ajar..dan org2 yg banyak menyumbang kepada kenangan aku kat dungun tu..3 tahun..macam2 jd...itu yg mendewasakan aku dan semua..aku harap hampa x lupa la kenangan kita..mungkin kita boleh set perjumpaan dalam 5 tahun dari sekarang.mungkin waktu tu bertambah bilangan peserta..anak bini yg mana ada bawak sekali..


dalam mencipta kenangan 
belum pasti indahnya semua
yang duka sama mendewasa
yang suka lalui bersama
tempoh masa kita bersama
mungkin singkat mungkin terleka
tapi cukup mencipta gembira

jika air mata itu mengalir
pasti ada bahu menadah 
jika gembira bimbang bersorak
belakang sudah melompat gembira
ini yang perlu
tapi sayang
tak ramai yg setuju

mungkin kita berbalah
biarlah ada yang mengalah
mungkin kita gembira
jangan biar ada berduka
mungkin kita bercinta
pastikan tanpa ada yang derita
tapi ini sekadar coretan minda
sukar terlihat di bumi 
tapi masih ada 






















Wednesday, January 2, 2013

dekat dh...

masuk tahun ni umuq aku dh 23...walaupun lambat lagi..tapi rasanya patut bersora kat mak kata nk kawin..mak aku mesti hapy punya ni...nk tpon mak satg..haha

tahun 2013-----rasa mcm baru smalam daftar masuk UiTM ni..lani dh tahun akhir dh aku kat sini...dekat 3 tahun la aku mencipta kenangan kat sini...In Shaa Allah....kalau ada rezeki sem depan aku dh practikal..tp smpai la hari ni aku xdpt lagi tempat practikal lgi....

macam2 dh jadi selama aku belajaq kat kampus ni...pengalaman yang mematangkan dan mendewasakan aku...aku belajar menilai,aku belajar memerhati dan yg penting aku belajar pengurusan operasi..

sampai lah hari ni...banyak yg dh berubah dari hari pertama aku kat sini sampai lah ke saat ini..perubahan keadaan dan suasana banyak berlaku sepanjang 2 tahun ni...perubahan itu perlu tapi tak semua benda kena berubah..ada aku menulis tentang aku,mereka dan tempat ni..tp sekadar tulisan biasa yg bnyaknya terkandas..mungkin sukar untuk seperti dulu,tapi tak salah kalau kita mencuba ke arah itu.aku pon turut sama berubah..dh tak macam dulu dh lani..kalau boleh aku nk tinggalkan tempat ini dengan kenangan setiap kawan2 ada kenangan dengan aku..kalau boleh..mungkin sebahagian tidak semuanya...tak semua org suka cara kita..

minggu depan 7.1 aku start dh exam yg mungkin terakhir kali aku tempuhi kat sini..In Shaa Allah..tp mood nk study xsampai2 lagi susah btoi la jd exam oriented student...tunggu last minit baca baru masuk dan ingt..cikgu kata budak laki ni creatif pandai 'goreng' dapt la jugak markah dakwat pen kalau xkena..aku mmg stuju sngt dengan statement ni..goreng sampai hangit pas tu kluar awal...dari SPM sampai lani...kebanyakkan paper mesti kluar awal..padahal ada org merungut tak cukup masa...selalu yg merungut ni pelajar pintar...mmg A dalam tgn..

takat tu ja la...xtau nk buat apa lani..tgu mood nk study sampai seru..baru nk pulun.ok..
apa pun terjadi aku sayang kawan2 aku..so dont worry if i ignore u..

salam final yg final mungkin...amin




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...